KL TOWER RAMADAN BUFFET 2018

PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR LAMBUK 2019

 

MKL2019 PMBL19 WEBSITE-POSTER-V2

 

Bersempena dengan sambutan Ramadan Al-Mubarak 1440Hijrah yang bakal menjelma tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang bulan tersebut. Seperti yang telah kita sedia maklum, Bubur Lambuk amat sinonim dengan kedatangan bulan Ramadan. Ianya merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur dan biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid untuk diagihkan kepada para jemaah sebagai hidangan istimewa berbuka puasa.

Menyedari keistimewaan itu, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2019 pada Sabtu, 27 April 2019 mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di perkarangan Menara Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, kami mencari seramai 30 pasukan untuk bertanding bagi dua kategori termasuk Kategori Asli dan Kontemporari, dimana bagi Kategori Asli, para peserta perlu memasak bubur lambuk dengan menggunakan bahan-bahan asli dan traditional (bahan-bahan yang disediakan sahaja), manakala bagi Kategori Kontemporari pula, para peserta dibenarkan untuk menggunakan bahan-bahan tambahan lain mengikut kreativiti masing-masing bagi memberi kelainan dalam masakan bubur lambuk tersebut.

Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai sehingga RM8,000.00 untuk dimenangi oleh para pemenang! Jangan lepaskan peluang anda! Yuran penyertaan hanya RM100.00 bagi setiap kumpulan. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi talian 03-2020 5448.

 

 BORANG PENYERTAAN

 

logo-menara-2
Privacy Policy    |   Career    |    Location
Copyright © 2016 KL Tower. All Right Reserved
  KL Tower No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee 50250 Kuala Lumpur Malaysia
Last Updated :  
22/03/2019